MENGENAI KAMI
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera,
Selamat datang ke WarisanHarta.com, pusat sehenti yang khusus dibina untuk umat Islam yang ingin mendapatkan perkhidmatan perancangan harta yang lengkap dan berlandaskan prinsip syariah.
Laman web ini ditadbir oleh AS HRM Training & Consultant (AS HRM) iaitu salah sebuah agensi yang telah memulakan perkhidmatan dalam industri perancangan harta semenjak dari tahun 2006 lagi.
AS HRM Training & Consultant adalah sebuah Agensi Korporat Perancang Harta Islam di Syarikat Amanah *As-SalihinTrustee Berhad (670367-D)*.
As-Salihin Trustee Berhad merupakan sebuah Syarikat Amanah yang dibentuk di bawah Akta Syarikat 2016 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.
Tujuan utama ia ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi Memelihara, Melindungi dan Mengagih harta berdasarkan prinsip Syariah dan Undang-undang. Ia diterajui oleh Lembaga Pengarah dan Lembaga Penasihat Syariah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang Undang-Undang Sivil, Syariah dan Kewangan.
Kami berdedikasi menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka berlandaskan Syariah kepada umat Islam.
Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan
TAHUKAH ANDA?